Close
No 21, Lambak Kanan Industrial Estate, Jln Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam
+673-8720457 (Marketing Department), +673-2391600 marketing@sablifood.com.bn
LAWATAN SEKOLAH RENDAH SULTAN UMAR ALI(SUAS)

LAWATAN SEKOLAH RENDAH SULTAN UMAR ALI(SUAS)

31st oktober 2018, Rabu jam 8.30 pagi, Sekolah Rendah Umar Ali Saifuddin (SUAS)Muara, Negara Brunei Darussalam telah membuat Lawatan Sambil Belajar di Syarikat Makanan Sabli Sdn Bhd. Atu lebih di kenali Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd. Rombongan Seramai 30 orang murid itu tadi di ketuai oleh CIkgu Nurhalizah serta 2 lagi cikgu pengiring Cikgu Narizan dan cikgu Dk. Aizat.
Lawatan dimulakan dengan Taklimat tentang profil syarikat yang di Bentangkan oleh Pengurus Tugas Tugas Khas Hj Mohd Nooh OKMD Hj Saman. Masa Taklimat pelajar di beri peluang untuk sesi soal jawab tentang operasi kilang dan syarikat. Selapas taklimat pelajar pelajar di bawa untuk melawat di dalam Kilang SablI Food industries , pelajar juga berpeluang untuk belajar membungkus rempah dengan mengunakan mesin.
Tujuan Lawatan ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman di kalangan murid-murid di samping mengisi masa terluang selepas menduduki peperiksaan psr nanti. Hasil daripada lawatan ini di harap murid murid akan dapat memperolehi sedikit sebanyak pengetahuan dan pengalaman serta dapat meningkatkan daya pemikiran mereka.
Rombongan di akhiri dengan sedikit jamuan dari pihak Sabli food Industries sdn bhd.