Close
No 21, Lambak Kanan Industrial Estate, Jln Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam
+673-8720457 (Marketing Department), +673-2391600 marketing@sablifood.com.bn
ROMBONGAN DARI TEMBURONG KE SABLI FOOD

ROMBONGAN DARI TEMBURONG KE SABLI FOOD

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Sept – Rombongan seramai 23 ahli dari kampung Labu Estate, Temburong petang tadi mengadakan lawatan ke Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd terletak di kawasan Perindustrian Lambak Kanan.

Turut hadir menyertai lawatan bersama rombongan, Ketua Kampung Labu Estate Temburong, Haji Sulaiman bin Haji Nasir.

Kedatangan rombongan dialu-alukan oleh Pengurus Besar Sabli Group of Companies, Jasmadi Jamudin dan Pegawai Tugas-tugas Khas Sabli Group of Companies, Mohd Yazid @ Mohd Ramadhan B Sabaraya.

Mereka diberi pengenalan dan keterangan lanjut mengenai fungsi-fungsi dan operasi yang ada dibawah Sabli Group of Companies. Syarikat tersebut ditubuhkan pada memulakan pengeluaran rempah dan produk makanan berasaskan tepung.

Sabli Group of Companies mempunyai 10 syarikat bawahannya iaitu Sabli Food Industries, Sabli beverages Industries, Sabli Pastry Shop, Sabli Distributors Sdn Bhd, Sabli Development & Engineering Co, Sabli Shipping & Forwarding Agencies Co, Impian Rasa Restaurant and Catering, Kamar Aswanzy, Titian Travel & Tours Sdn Bhd danBudi Bumi Plantation.

Bermula dari kecil, Sabli Group of Companies telah mengubah dirinya menjadi pengeluar rempah utama di Negara Brunei Darussalam. Ia kemudiannya memperkenalkan jenama baru yang dikenali sebagai ‘Sabli’s’ yang kini mempunyai 200 produk berlainan.

Pada lawatan tersebut, rombongan telah dibawa melawat ke kilang pembuatan rempah dan air jenama Moya dan Justfruit Sabli Food Industries.

Lawatan bertujuan untuk mempelajari asas-asas keusahawanan disamping memupuk minat pelajar dalam bidang keusahawana. Selain itu memberi peluang kepada rombongan untuk bertukar-tukar pendapat mengenai produk hasil tempatan.

Menurut Mohd Yazid, syarikat tersebut setiap bulan menerima lawatan dari Sekolah, Mukim Perundingan Kampung, Universiti mahupun Pengusaha. Lawatan ini bukan sahaja membantu untuk mempelajari bagaimana syarikat tersebut beroperasi bahkan memberi peluang untuk memsepadankan perniagaan kerjasama bersama para peniaga-peniaga kecil.

Pengurus Besar Sabli Group of Companies, Jasmadi Jamudin memberi pengenalan dan keterangan lanjut mengenai fungsi-fungsi dan operasi yang ada dibawah Sabli Group of Companies.